Wednesday, September 15, 2010

Nasib Orang Ke-3

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.

Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas.

Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya.

Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua,

"Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!

Bulu Ketiak

Ada seorang pakcik yang bernama Pak DI yang sangat kaya.
Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak DI dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?

Pak DI : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak DI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.
Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak DI : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan bulu ketiak encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau
tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba ketiaknya.. ooh masih ada bulu. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati bulu ketiaknyanya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah
berjumpa dengan Pak DI.

Manager : Pak cik sorrylah ye! .. bulu ketiak saya masih lagi ada..
Pak DI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku cek...

Lalu dipegangnya ketiak Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata..

Pak DI : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni..

Pak DI pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI..

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?
Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.
Manager : Bertaruh apa?
Pak DI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang bulu ketiak Manager Bank..

p/s: Berjudi itu haram di sisi agama